Hidup mesti ada cita²
Cita tanpa Cinta tak sempurna
Tatkala rindu makin tebal usah kita jadi bebal
Bila cinta makin dalam jangan kita turut tenggelam
Semasa badai datang menyerang
Elakkaan diri turut mengerang
Hidup perlu berprinsip
Prinsip tanpa ketegasan hanya sia²
Disiplin diri memuncak jangan kita riak bongkak
Tika orang membenci kunci diri daripada memaki
Hidup perlu ada pengorbanan
Pengorbanan tanpa keikhlasan ibarat permainan
Saat budi sana sini diperkata usah kita jadi gedik & mengada
Hidup cuma tumpangan semata
Kelak dihadap di hadapan pencipta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan